Salam Sejahtera
Salam Sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung laman blog Heritage Gallery Dataran Pahlawan. Heritage Gallery Dataran Pahlawan Melaka ini terletak di dalam kompleks membeli belah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Terletak bersebelahan parking basement kompleks ini, merangkumi lebih 50 buah kedai yang menjual pelbagai barangan kraftangan dan makanan tradisional Melaka. Selain itu, terdapat juga pakaian- pakaian tradisional seperti batik dan Tshirt lambang Melaka yang boleh dijadikan sebagai buah tangan atau cenderahati untuk semua pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara. Blog ini bertujuan untuk mempromosikan Heritage Gallery untuk tatapan pengunjung. Di dalam blog ini, kami akan memaparkan pelbagai produk- produk kraftangan yang terdapat disini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh lawati laman Facebook kami : Heritage Gallery Dataran Pahlawan Melaka Megamall Atau Komen di post ini. Terima kasih. Nama tempat : Heritage Galler...